Saturday, February 24, 2007

Download Bahan Pengajaran & Pembelajaran j-QAF

Ruangan ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dengan semua guru-guru j-QAF di seluruh Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan berbentuk aplikasi, artikel dan juga bahan-bahan ilmiah untuk dikongsikan bersama para guru j-QAF.


Insya Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa meningkatkan dan melakukan penambahan ke atas laman web SS2 Online ini untuk kegunaan dan manafaat kita bersama ke arah menjayakan matlamat Kementerian Pendidikan untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.


Harapan saya agar semua pihak terutamanya para guru akan mendapat manafaat dengan kewujudan laman web yang tidak seberapa ini. Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat bekerjasama dengan cara memberi sumbangan dalam bentuk bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, artikel, risalah, aplikasi dan juga apa-apa bahan kepada webmaster SS2 Online menerusi e-mail sksrisuria2@gmail.com Segala jasa dan sumbangan anda amatlah dialu-alukan.


Sekian, terima kasih.



Webmaster

SK Sri Suria 2

No comments: