Friday, February 23, 2007

Kem Bestari Solat

.:: Kem Bestari Solat ::.


Pendahuluan

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah di luar waktu persekolahan.

Objektif

Tahun 1

  • Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk

  • murid dapat berwuduk dengan sempurna

  • Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan

  • Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah

Tahun 2

  • Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wuduk

  • Murid dapat menghafaz doa selepas wuduk dengan sempurna

  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna

  • Murid dapat menghafaz doa Iftitaf dengan sempurna

  • Murid dapat menghafaz dengan betul dan lancar bacaan dalam solat

  • Murid dapat membaca dan menghafaz Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas

  • Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah

Tahun 3

  • Dapat dapat melafazkan niat solat berjemaah dengan betul dan lancar

  • Murid dapat melafazkan bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir dengan betul dan lancar

  • Murid dapat membaca dan menghafal Surah Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kafirun dan Al-Kauthar dengan betul dan lancar

  • Murid dapat melafazkan bacaan Qunut dengan betul dan lancar

  • Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar

  • Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wuduk dan solat

  • Murid dapat berwuduk dengan sempurna

  • Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna

Kumpulan Sasaran

Semua murid beragama Islam Tahun 1,2 dan 3.

No comments: