Friday, February 23, 2007

Welcome To Sek. Keb. Sri Suria 2


" Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Laman Blog j-QAF SS2 Online dapat disiapkan sepenuhnya pada 11 Febuari 2007 bersamaan 23 Muharram 1428H. Laman Web ini ditadbir sepenuhnya oleh Webmaster j-QAF, Seb Sek. Keb. Sri Suria 2. Harapan kami agar laman web j-QAF SS2 Online ini dapat menjadi contoh dan juga rujukan kepada semua warga j-QAF di seluruh negara"

PENDAHULUAN :

Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hinga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara ujikaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.
-Panduan Dasar Dan Perlaksanaan j-QAF

KONSEP PROGRAM j-QAF :

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan jadual waktu sedia ada.
-Panduan Dasar Dan Perlaksanaan j-QAF

j-QAF tanpa gagal :

Sebagai Guru Pendidikan Islam (Program j-QAF) adalah diharapkan agar dapat menggembleng seluruh tenaga bagi memastikan program yang julung-julung kali diwujudkan ini berjaya seperti yang dirancang.

Hubungi Kami :

Sekolah Kebangsaan Sri Suria 2,

17500 Tanah Merah, Kelantan

E-mail : srisuria2@yahoo.com

Telefon : 09-950 2041

Fax : 09-950 2042


No comments: